Sunday, January 9, 2011

ABSTRAK


Artikel ini bertujuan untuk memperihalkan satu dapatan kajian tentang kepelbagaian strategi belajar yang digunakan oleh pelajar lelaki dan perempuan ketika belajar bahasa Melayu di luar kelas berdasarkan kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis). Kaedah kualitatif berbentuk kajian kes digunakan bagi memperoleh kepelbagaian strategi pembelajaran bahasa di luar kelas. Instrumen temu bual digunakan bagi mengumpul data. Seramai lapan pelajar Tingkatan 4 dijadikan peserta kajian, iaitu empat orang pelajar cemerlang dan empat orang pelajar lemah yang mewakili kedua-dua jantina. Peserta kajian ditanya tentang strategi belajar bahasa yang digunakan dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis ketika belajar bahasa Melayu di di luar kelas. Data temu bual dianalisis untuk mencari tema dan diberi kod. Data dianalisis menggunakan kaedah Analisis Indeks Cohen Kappa. Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian menggunakan pelbagai pola strategi pembelajaran bahasa ketika belajar bahasa Melayu di luar kelas. Dari segi jenis pelajar, pelajar cemerlang didapati menggunakan pelbagai pola strategi pembelajaran bahasa berbanding pelajar lemah seperti pola penghayatan

No comments: